13 May 2014

Dalam kepayahan

Dalam kepayahan hidup, kadang-kadang buat kita rasa putus asa.. kadang-kadang rasa seperti ingin menyalahkan takdir kerana menetapkan jalan cerita kita lebih teruk daripada orang lain yang kadang-kadang kita anggap jauh lebih baik daripada kita.. kadang-kadang kita rasa mahu menunding jari kepada orang lain yang kita rasa dia la penyebab kenapa kita jadi begini..

Aku cuba positif sehabis mungkin.. percaya pada setiap ketetapan yang Tuhan berikan pasti adalah yang terbaik.. sedangkan rama-rama yang cantik bermula daripada ulat yang menggelikan (bagi aku).. Errmmm.. kadang-kadang aku rasa berat sangat dugaan yang Tuhan berikan.. kadang-kadang aku rasa penat sangat-sangat.. aku rasa macam nak menangis setiap kali fikir tentang kepayahan itu.. Tapi, aku percaya Dia tidak akan menguji hambanya melebihi keupayaan.. Maknanya ujian yang Dia berikan, aku mampu untuk menghadapinya.. Orang yang mengalah adalah seorang yg LOSER.. aku tidak mahu tergolong dengan orang yg sedemikian.. 

sejujurnya aku sangat bersyukur dengan ujian yang Tuhan berikan ni walaupun kadang-kadang perasaan-perasaan seperti aku katakan tadi muncul.. 1 ujian yang Dia berikan memberikan bermacam-macam pengajaran..boleh aku katakan 10? atau lebih.. Bila aku fikirkan semua tu, cukup untuk buat aku tersenyum.. bersemangat untuk terus menempuh dugaan yang Dia berikan.. :)


"Dalam kepayahan, pasti akan ada kekuatan selagi percaya pada takdir Allah" - RF Linda