Dalam tiga minggu ni, macam-macam berita yang mengejutkan dan pasti menyedihkan buat aku..
Dua minggu sebelum kejadian kehilangan kapal terbang MH370, aku dikejutkan dengan satu berita berkenaan dua orang pelajar dikampus aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.. Mulanya aku hanya membaca berita di FB.. langsung aku x baca nama si mangsa.. sebab aku memang tak ramai kenalan di kampus jadi kemungkinan utk aku mengenali mangsa adalah sangat tipis.. keesokkannya didalam kelas.. tiba-tiba kawan aku tanya sama ada aku masih ingat atau tidak kawan sebilik dia masa tahun 1.. yup aku ingat dan kenal.. sebab orangnya suka senyum ketika bercakap, baik dan peramah.. kemudian kawana ku terus berkata "dia meninggal semalam. accident".. terus tersandar aku ke kerusi.. terkejut sangat-sangat seakan tidak percaya..
seminggu selepas kematian itu, aku mendapat berita tentang kematian kawan sekolah aku.. accident.. air mata aku bergelinangan lagi.. satu lagi kematian.. biar pun aku tidak mengenali rapat dengan arwah, walaupun aku tidak pernah bertegur.. tapi aku sangat taw dia seorang yg baik.. lebih membuat aku sedih bila aku dapat tahu arwah baru sebulan mendirikan rumah tangga.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya..
dan pada minggu ini.. dikejutkan pula dengan kehilangan kapal terbang MH370.. memang tiada satu org pun didalam kapal terbang itu yg aku kenali.. yg punya pertalian darah.. tetapi, aku dapat rasakan bertapa risaunya, takutnya ahli keluarga mereka.. kesedihan tetap menyelubungi diri aku.. bergenang air mata mengenangkan nasib mereka.. masih bernyawa kah mereka atau sebaliknya.. jika bernyawa, adakah cukup makanan dan minuman mereka.. sihatkah mereka.. masih kuatkah mereka utk bertahan sebelum dijumpai dan diselamatkan..
"Ya Allah, hidup atau mati semuanya atas kuasaMu. Jika kematian adalah yg Engkau tetapkan buat mereka, tunjukkan lah jasad mereka.. agar setiap persoalan dan kebingunggan terjawab.. Tapi jika kehidupan yg Engkau berikan kepada mereka, kau kuatkan la mereka, lindungilah mereka, tabahkan mereka untuk mengharungi dugaan yg Engkau berikan.. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yg kami tidak ketahui.."
Apa rahsia yg Allah ingin bagitahu kepada kita.. sudah pasti tentang kehebatan Allah yg Maha Besar.. Mungkin Allah ingin kita yg sering lalai dan leka kembali beriman.. Mungkin Allah ingin ingatkan kepada kita yg terlalu mengagungkan teknologi yg canggih sehingga kita lupa ada yg lebih hebat dan tiada tandingan daripada itu..
Daripada tiga peristiwa yg terjadi tu, satu-satunya yg sangat terkesan dihati aku adalah kematian.. Kematian sangat hampir dengan kita tapi kita selalu melupakannya.. Sedangkan kawan aku yg masih boleh diketegorikan sebagai muda boleh ditarik nyawanya, mustahil aku tidak akan begitu.. adakah selepas ini waktu ku?
Kematian datang tanpa diketahui bila, dimana dan bagaimana.. tidak kira sama ada kita bersedia ataupun tidak.. tidak peduli sama ada bekalan sudah cukup ataupun sedikit..
Sempatkah aku membersihkan diri daripada dosa-dosa ku sebelum perjalanan ku berakhir?
p/s: semoga semua yg berada didalam pesawat MH370 selamat..