23 June 2013

Dugaan sebelum balik semenanjung

bermacam-macam dugaan yang datang sebelum balik ke semenanjung..

dengan daddy x bagi balik la.. alasannya risau pasal perhimpunan Blackout 505..

kemudian nama dalam tiket pula ada kesilapan.. satu huruf tertinggal.. mulanya da minta pihak Air Asia untuk betulkan.. katanya da.. lega sangat hati.. semalam last minute perasan nama masih lagi salah..! Risau sangat.. Hilang mood..

Then, lagi sekali hubungi pihak Air Asia, baru la dapat jawapan yang memuaskan dan melegakan hati.. Harap sekejap lagi, xde la perkara-perkara yang menyusahkan jadi lagi..

But, honestly tak berapa suka cara untuk berhubung dengan pihak Air Asia.. kena guna twitter atau Live Chat atau ke pejabat dia.. Macam mana kalau emergency dan xde talian internet waktu tu.. Nak menunggu diorang respond dekat twitter lagi, nak menunggu giliran untuk dilayan di Live Chat lagi.. Dan pejabat pula closed on Sunday. Macam mana kalau ada emergency pada hari ahad.. macam apa yg jadi dekat aku.. sampai xtaw nak tuju mana.. Kan bagus kalau ada talian terus ke customer service 24jam. 

Btw thanks to Live Chat Air Asia juga.. Sebab bantu melegakan hati aku yg kerisauan.. 


Tak sabar nak tiba semenanjung.. nak mencari pengalaman sebulan dua sementara menghabiskan cuti semester kali ni.. hopefully ada rezeki.. Aminn

1 comment:

Unknown said...

setakat ni, saya tak ada masalah sangat dengan Air Asia. yelah, saya pun baru sekali menggunakan perkhidmatan mereka. insyaAllah, untuk raya ni nak tempah lagi tiket untuk balik bercuti :)