10 December 2013

Kemaruk nak fames

uishhh~ 
mungkin agak melampau tajuk entry aku..
tapi mungkin itu selayaknya aku bagi dekat mereka-mereka yang suka upload video yang agak 'selfie' ke laman sosial..
aku tak faham apa motif diorang buat video yang memalukan dan menjatuhkan air muka diorang..
Lagi-lagi perempuan..
Cantik pula tu..
Tapi, kalau tujuan diorang sebab nak perhatian, fames, dan jadikan tu cara untuk mana-mana penerbit jatuh cinta dan offerkan lombong emas dekat diorang, aku rasa tak perlu kowt buat video macam tu..
Boleh je jadi fames dengan buat video yang memberi manfaat dan orang suka..
contoh..
matluthfi..


Ini mat luthfi
curi dari google.. sowi mat, aku tepek muka hang kat sini


video-video macam tu tumbuh macam cendawan sekarang ni..
seronok sangat bila orang tengok dan mengata..
Seronok ke kena kutuk, hina, caci, maki??


dan..
yang paling tak boleh terima akal fikiran..
bila couple buat video 'geli-geli', manja-manja and so on..
nak buat ikut suka hati korang la..
but!!
simpan sendiri sudah..
perlu ke nak show off??
euwww~
lagi-lagi budak yang masih bersekolah..
*pengsan*

kepada adik-adik yang terkena kejutan zaman teknologi ni,
plz behave..
jaga sket air muka tu.. 
what if your family members tengok video tu??
tak ke segan..
belajar sikit perasaan malu tu
dan..
cuba fikir bila korang da matang, korang ingat semula apa yang korang buat tu..
then, orang da ramai lak download dan upload kat merata-rata tempat.. 
tetiba korang tertengok semula, atau anak-anak korang pula tengok..
mesti malu gile kan..
guna teknologi yang ada dengan sebaik mungkin..
yang boleh bagi manfaat untuk diri kita dan orang lain..





8 December 2013

January, come to momma..!!

Rindunya semenanjung..
Rindu mak..
Rindu MH..
Rindu kawan-kawan..

Tak sabar nak abiskan semester ni.. kemudian cuti.. dan yang paling tak sabar nak tunggu semester akhir berakhir.. beberapa bulan je lagi.. 

Tak sabar nak kerja.. Macam-macam da dalam perancangan..

Member-member pun ramai yang da bertukar status.. Aku? sebelum fikir pasal pertukaran status, ada benda yang lagi penting nak kena uruskan dulu..

Treat myself first than others..

Oh jeleznya tengok member hang out together..
Banyaknya perasaan aku waktu ni.. Rasa macam ambil flight terbang terus ke semenanjung..
Uishhhh~ 
Sabar..
Lagi sebulan je nak cuti..
Fokus dengan perkara-perkara yang hampir mendatang ni..
TEST, MIDTERM, PRESENTATION, ASSIGNMENT, FINAL EXAM
lepas tu baru fikir pasal 
CUTI...

Tapi, cuti pun, bukan banyak benda pun boleh buat.. disebabkan ada perkara yang membataskan..
tu tak kisah, yang penting, aku ada kat sana..

January, come to momma..!!

Love,
o.O

7 December 2013

miszheart shop on Instagram

Hye readers!

Jom tengok-tengok barang dekat miszheart_shop.


Macam-macam ada..
Baju, sweater, legging, bag, original branded bag, accessories.
Menarik kan?
So, lets shopping with MISZHEART_SHOP





6 December 2013

Pelangi selepas hujan

Akhirnya, tugas yang membebankan hidup aku selama beberapa minggu ni sudah hampir ke penghujung.. hari ni due date untuk hantar final year project. sebelum jam 5 petang, 2 salinan tugasan tu nak kena hantar ke pejabat am.. jam da pukul 12 tengah hari tapi aku masih lagi menghadap laptop menyiapkan tugasan tu.. bermasalah sungguh aku dengan format yang menyusahkan tu.. banyak sangat syarat-syaratnya.. hampir jam 1, semuanya selesai.. nak print pula.. ink printer aku cuma ada separuh.. dengan harapan, dapat la print hampir 100 helai muka surat.. tapi, Tuhan cuba menguji aku.. hampir muka surat yang terakhir, ink betul-betul abis..tinggal lagi 14 muka surat je yang perlu aku print out.. nak print kat kampus, semuanya pakai mesin fotostat.. sebab benda ni agak rasmi, jadi kena la print guna printer yang berkualiti.. lebih kurang la.. kebetulan masa tunggu bus nak ke kampus, terjumpa member kelas aku.. so, aku pun meluahkan keresahan dihati.. sebab waktu tu jam da 2 something.. bus pun sampai.. entah macam mana, kawan aku tu offer print guna printer dia.. agak segan juga.. sebab aku bukannya rapat sangat dengan dia.. mungkin dia pun faham apa yang aku alami.. tapi seyezly, aku rasa terharu sangat-sangat dia sanggup nak tolong aku.. Tapi, tu semuanya datang daripada Tuhan.. Tuhan nak tunjukkan kat aku, masih ada orang lagi yang akan bantu aku bila susah.. tak semestinya, orang yang akan bantu kita datangnya daripada orang yang rapat dengan kita.. dan yang paling penting, Tuhan nak aku bersyukur dan selalu ingat yang Dia sentiasa ada.. aku syukur sangat-sangat.. :) bila kerja tu da hantar ke pejabat, rasa lega.. lepas sedikit beban.. terasa seperti pelangi selepas hujan..

Buat Donna, terima kasih sangat-sangat.. aku terhutang budi sangat-sangat dengan kau.. No matter what religion that you belief, even we are not in the same road but it is not an excuse to not help each other, as a human.