6 December 2013

Pelangi selepas hujan

Akhirnya, tugas yang membebankan hidup aku selama beberapa minggu ni sudah hampir ke penghujung.. hari ni due date untuk hantar final year project. sebelum jam 5 petang, 2 salinan tugasan tu nak kena hantar ke pejabat am.. jam da pukul 12 tengah hari tapi aku masih lagi menghadap laptop menyiapkan tugasan tu.. bermasalah sungguh aku dengan format yang menyusahkan tu.. banyak sangat syarat-syaratnya.. hampir jam 1, semuanya selesai.. nak print pula.. ink printer aku cuma ada separuh.. dengan harapan, dapat la print hampir 100 helai muka surat.. tapi, Tuhan cuba menguji aku.. hampir muka surat yang terakhir, ink betul-betul abis..tinggal lagi 14 muka surat je yang perlu aku print out.. nak print kat kampus, semuanya pakai mesin fotostat.. sebab benda ni agak rasmi, jadi kena la print guna printer yang berkualiti.. lebih kurang la.. kebetulan masa tunggu bus nak ke kampus, terjumpa member kelas aku.. so, aku pun meluahkan keresahan dihati.. sebab waktu tu jam da 2 something.. bus pun sampai.. entah macam mana, kawan aku tu offer print guna printer dia.. agak segan juga.. sebab aku bukannya rapat sangat dengan dia.. mungkin dia pun faham apa yang aku alami.. tapi seyezly, aku rasa terharu sangat-sangat dia sanggup nak tolong aku.. Tapi, tu semuanya datang daripada Tuhan.. Tuhan nak tunjukkan kat aku, masih ada orang lagi yang akan bantu aku bila susah.. tak semestinya, orang yang akan bantu kita datangnya daripada orang yang rapat dengan kita.. dan yang paling penting, Tuhan nak aku bersyukur dan selalu ingat yang Dia sentiasa ada.. aku syukur sangat-sangat.. :) bila kerja tu da hantar ke pejabat, rasa lega.. lepas sedikit beban.. terasa seperti pelangi selepas hujan..

Buat Donna, terima kasih sangat-sangat.. aku terhutang budi sangat-sangat dengan kau.. No matter what religion that you belief, even we are not in the same road but it is not an excuse to not help each other, as a human.




No comments: