13 May 2014

Dalam kepayahan

Dalam kepayahan hidup, kadang-kadang buat kita rasa putus asa.. kadang-kadang rasa seperti ingin menyalahkan takdir kerana menetapkan jalan cerita kita lebih teruk daripada orang lain yang kadang-kadang kita anggap jauh lebih baik daripada kita.. kadang-kadang kita rasa mahu menunding jari kepada orang lain yang kita rasa dia la penyebab kenapa kita jadi begini..

Aku cuba positif sehabis mungkin.. percaya pada setiap ketetapan yang Tuhan berikan pasti adalah yang terbaik.. sedangkan rama-rama yang cantik bermula daripada ulat yang menggelikan (bagi aku).. Errmmm.. kadang-kadang aku rasa berat sangat dugaan yang Tuhan berikan.. kadang-kadang aku rasa penat sangat-sangat.. aku rasa macam nak menangis setiap kali fikir tentang kepayahan itu.. Tapi, aku percaya Dia tidak akan menguji hambanya melebihi keupayaan.. Maknanya ujian yang Dia berikan, aku mampu untuk menghadapinya.. Orang yang mengalah adalah seorang yg LOSER.. aku tidak mahu tergolong dengan orang yg sedemikian.. 

sejujurnya aku sangat bersyukur dengan ujian yang Tuhan berikan ni walaupun kadang-kadang perasaan-perasaan seperti aku katakan tadi muncul.. 1 ujian yang Dia berikan memberikan bermacam-macam pengajaran..boleh aku katakan 10? atau lebih.. Bila aku fikirkan semua tu, cukup untuk buat aku tersenyum.. bersemangat untuk terus menempuh dugaan yang Dia berikan.. :)


"Dalam kepayahan, pasti akan ada kekuatan selagi percaya pada takdir Allah" - RF Linda


14 April 2014

No title available

Sebenarnya aku seorang yg penakut.. takut akan kebenaran.. selalu saja menafikan..
kenapa la hidup aku stuck macam ni..
kenapa la bayang-bayang masa lalu masih mengekori aku?
oh, mungkin supaya aku tidak pernah lupa kesilapan aku.. agar aku tidak mengulanginya lagi..
sebagai peringatan mungkin?
ya, mungkin..
tapi, kadang-kadang ia cuma mendatangkan tekanan daripada membantu..
binggungnya..
macam mana aku nak handle?


Hidup kena teruskan juga..
aku tak boleh putus asa..
itu semua balasan untuk kesilapan lalu..
kena menerimanya..
masa akan meninggalkan semua cerita-cerita sedih itu..
aku hanya perlu penuhkan cerita-cerita gembira sahaja..



10 March 2014

Jangan lupa pada kematian

Dalam tiga minggu ni, macam-macam berita yang mengejutkan dan pasti menyedihkan buat aku..
Dua minggu sebelum kejadian kehilangan kapal terbang MH370, aku dikejutkan dengan satu berita berkenaan dua orang pelajar dikampus aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.. Mulanya aku hanya membaca berita di FB.. langsung aku x baca nama si mangsa.. sebab aku memang tak ramai kenalan di kampus jadi kemungkinan utk aku mengenali mangsa adalah sangat tipis.. keesokkannya didalam kelas.. tiba-tiba kawan aku tanya sama ada aku masih ingat atau tidak kawan sebilik dia masa tahun 1.. yup aku ingat dan kenal.. sebab orangnya suka senyum ketika bercakap, baik dan peramah.. kemudian kawana ku terus berkata "dia meninggal semalam. accident".. terus tersandar aku ke kerusi.. terkejut sangat-sangat seakan tidak percaya.. 

seminggu selepas kematian itu, aku mendapat berita tentang kematian kawan sekolah aku.. accident.. air mata aku bergelinangan lagi.. satu lagi kematian.. biar pun aku tidak mengenali rapat dengan arwah, walaupun aku tidak pernah bertegur.. tapi aku sangat taw dia seorang yg baik.. lebih membuat aku sedih bila aku dapat tahu arwah baru sebulan mendirikan rumah tangga.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya..

dan pada minggu ini.. dikejutkan pula dengan kehilangan kapal terbang MH370.. memang tiada satu org pun didalam kapal terbang itu yg aku kenali.. yg punya pertalian darah.. tetapi, aku dapat rasakan bertapa risaunya, takutnya ahli keluarga mereka.. kesedihan tetap menyelubungi diri aku.. bergenang air mata mengenangkan nasib mereka.. masih bernyawa kah mereka atau sebaliknya.. jika bernyawa, adakah cukup makanan dan minuman mereka.. sihatkah mereka.. masih kuatkah mereka utk bertahan sebelum dijumpai dan diselamatkan.. 

"Ya Allah, hidup atau mati semuanya atas kuasaMu. Jika kematian adalah yg Engkau tetapkan buat mereka, tunjukkan lah jasad mereka.. agar setiap persoalan dan kebingunggan terjawab.. Tapi jika kehidupan yg Engkau berikan kepada mereka, kau kuatkan la mereka, lindungilah mereka, tabahkan mereka untuk mengharungi dugaan yg Engkau berikan.. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yg kami tidak ketahui.."

Apa rahsia yg Allah ingin bagitahu kepada kita.. sudah pasti tentang kehebatan Allah yg Maha Besar.. Mungkin Allah ingin kita yg sering lalai dan leka kembali beriman.. Mungkin Allah ingin ingatkan kepada kita yg terlalu mengagungkan teknologi yg canggih sehingga kita lupa ada yg lebih hebat dan tiada tandingan daripada itu..

Daripada tiga peristiwa yg terjadi tu, satu-satunya yg sangat terkesan dihati aku adalah kematian.. Kematian sangat hampir dengan kita tapi kita selalu melupakannya.. Sedangkan kawan aku yg masih boleh diketegorikan sebagai muda boleh ditarik nyawanya, mustahil aku tidak akan begitu.. adakah selepas ini waktu ku? 

Kematian datang tanpa diketahui bila, dimana dan bagaimana.. tidak kira sama ada kita bersedia ataupun tidak.. tidak peduli sama ada bekalan sudah cukup ataupun sedikit.. 

Sempatkah aku membersihkan diri daripada dosa-dosa ku sebelum perjalanan ku berakhir?


p/s: semoga semua yg berada didalam pesawat MH370 selamat..

19 February 2014

Monolog diri #1

Terngiang-ngiang luahan hati A semalam.. paling tak lupa masa part dia mengaku kejahilan dirinya.. ya, aku, dia dan semua manusia melakukan kesilapan.. secara sedar atau tidak..rela hati atau terpaksa.. sengaja ataupun tidak.. bukan tidak tahu dosa dan pahala.. bukan tidak tahu halal dan haram.. bukan tidak diberi didikan agama.. tapi bila nafsu melebihi kewarasan, semuanya ditolak ketepi..

.....

Mungkin ada yg rasa bangga dengan dosa-dosa yg dilakukan.. tapi pasti ada kekesalan yg melekat dalam hati.. nak berubah tapi takut.. takut akan melakukannya lagi.. takut hilang kawan sekeliling.. nak berubah tapi banyak yg mempengaruhi, menghasut.. akhirnya terjebak lagi.. 

.....

Aku berjalan sendirian.. memandang langit biru yg terbentang luas.. mengertinya aku betapa kerdilnya aku dimuka bumi ini.. tiada kawan disisi.. tiada sesiapa yg menemani.. hanya aku sendiri.. menghayati keindahan dunia ini.. ok aku tipu.. bukan itu yg aku hayati.. tapi aku memikirkan betapa besarnya.. betapa banyaknya dosa-dosa laluku.. jika ia seluas langit itu.. laratkan untuk aku memikulnya dengan diri aku yg kerdil ini??


.....

Kalau zaman belasan tahun dulu.. kawan ibarat segala-galanya.. sentiasa ada untuk bersuka ria.. mencipta kenangan dan berjanji untuk tetap bersama hingga keakhirnya.. masa terus berlalu.. bila aku jalan sendirian.. kadang rasa sunyi.. kadang rasa sedih.. kadang rasa kosong.. kadang rasa tenang.. bukan kawan-kawan menjauh.. tapi masing-masing punya jalan sendiri.. punya takdir sendiri.. baru la aku tahu, perjalanan ini bersendiri.. bila usia semakin meningkat, bersendirian lebih menyeronokkan..

.....


22 January 2014

my day turning dark

Air mata gugur juga dihari yg istimewa ni..
Tak tahu nak mengadu pada siapa..
Tembam?
Dia ada komitmen lain..

Cuma boleh berbicara sendiri..
Rasa sunyi dan sendiri..

Aku fikir semuanya da berakhir..
Da tamat..
Honestly,
Aku tak de rasa nak jumpa siapa2 yg berada dimasa lalu aku..
Bukan x sudi..
Tapi aku lebih senang kalau perkara tu tak jadi..

Dulu fikir stay kl adalah satu2nya tempat yg xkan buat aku serabut..
Rupanya aku silap..
1 lagi negeri yg disenaraikan membawa tekanan dan masalah utk aku..
Bila la semua ni akan berakhir

Apa yg cuba Tuhan ingin ajar pada aku..
Tuhan nak membuktikan aku kuat utk hadapi semua ini?
Betul ke aku cukup kuat..tapi hakikatnya aku betul2 rasa terbeban..
Kenapa jalan hidup aku begini?
Ini salah satu daripada dosa masa lalu aku?

Kalau la aku boleh padam memori aku macam padam tulisan diatas kertas.. kan bagus..
Tp walau padam macam mana tu, bekas tulisan pasti ada jika tulisan itu terlalu kuat ditulis..

Ya Allah..
Berikanla aku jawapan tanpa perlu aku selesaikan teka teki ni..


Aku ingat hari yg istimewa aku hanya akan dapat senyuman.. tak sangka dapat air mata juga..
=)