8 November 2013

Bukan Allah yang aku utamakan

Tadi terbaca satu entry,
Tajuk à Himmah : Ibrahim Mengajar Kita Makna Cinta

Tertarik pula nak baca..
Antara petikan dalam entry tu:


Dalam beberapa hal dalam kehidupan kita, kadangkala kita sukar untuk mengutamakan kepentingan Allah dalam kehidupan kita.
Antara main game, berfacebook dengan solat berjemaah?
Antara bangun menunaikan solat Subuh dengan meneruskan tidur dalam pelukan selimut?
Antara kesediaan mahu meninggalkan rokok dengan sikap ego kita?
Antara melakukan hijrah ke arah kebaikan dengan terpengaruh terhadap tohmahan dan perlian kawan-kawan lama kita?
Antara kesediaan mahu berubah dengan alasan yang banyak dalam diri kita?
Yang manakah kita bersedia untuk korbankan? Yang mana pula kita bersedia untuk utamakan?
Kemudian aku tersedar sesuatu..
Ye, aku antara orang-orang yg tidak mengutamakan Allah dalam melakukan sesuatu..
Aku tidak sedia untuk korbankan perkara yg aku suka untuk mengikuti suruhan Allah..
Aku ingin berubah, tapi aku lebih utamakan alasan-alasan yg banyak dalam diri aku..
Aku lupa yg sepatutnya aku perlu utamakan Allah..
Aku lebih sedia korbankan benda lain untuk perkara lain tapi tidak untuk Allah..
Betapa jahilnya aku..



ReFL: Ampunkan hambamu yang lalai ini Ya Allah..

No comments: