1 November 2013

LIFE (Journey. Choice. Game. Beliefs. Puzzle.)

LIFE

1 November 2013

Hidup ni sebuah perjalanan.. Hidup ni berkenaan dengan pilihan.. Hidup ni seperti permainan (game).. Hidup ni tentang kepercayaan (percaya pada Allah).. Hidup ni penuh dengan teka-teki.. 

Perjalanan setiap orang adalah berbeza.. Ada yang bermula dengan jalan yang sukar dan ada yang bermula dengan jalan yang senang.. Terpulang pada jalan yang ditetapkan untuk kita dan pilihan-pilihan yang kita buat setiap kali diberi ujian, cabaran dan dugaan.. Untuk aku,Tuhan telah tetapkan dengan perjalanan yang mudah pada awalnya.. Tapi, aku tak pernah terfikir perjalanan tu menjadi semakin sukar apabila usia aku bertambah.. dulu masa kecil, aku fikir hidup ni mudah.. Simple. pergi sekolah.. abis sekolah rendah bertukar ke sekolah menengah kemudian tamat sekolah mungkin akan kerja atau sambung belajar dan akhirnya mendirikan rumahtangga.. Tapi selepas apa yang aku lalui sehingga usia aku 24 tahun, baru aku tahu ‘The real games of life’.. apa yang tersembunyi dalam kehidupan ni.. macam mana nak bermain dalam kehidupan yang penuh dengan penipuan, jenayah, ketakutan dan banyak lagi.. Dan akhirnya aku sedar hidup ni bukan satu perjalanan yang mudah.. tanpa kekuatan mental dan fizikal, mungkin kita akan memilih jalan yang salah dan menjadi lebih sukar ataupun kita menyerah sebelum waktunya tiba (bunuh diri mungkin). Pada aku, setiap orang pasti akan lalui perkara yang sama biarpun jalan cerita waktu dan jangka masa, dan level kesusahan setiap cabaran tu (easy, medium, hard) itu mungkin berbeza, tapi point yang ingin ditunjuk atau diberi pengajaran adalah sama.. Tuhan pasti akan berikan kita ujian macam mana bila dikhianati, ditipu, dibenci, kehilangan, rasa serba salah ,berkaitan kesetiaan, kejujuran dan banyak lagi.. Bila aku toleh kebelakang, mula daripada waktunya Tuhan berikan aku ujian.. waktu  Tuhan ingin mengenalkan aku tentang hidup yang sebenar, aku rasa da terlalu jauh perjalanan tu.. Kadang-kadang rasa tak percaya aku masih lagi boleh berdiri untuk menghadapinya biarpun beberapa kali aku rasa seperti ingin menyerah.  Mungkin kerana kepercayaan pada Allah buat aku masih kuat untuk teruskan sehingga aku benar-benar sampai ke jalan penamat.

Tapi aku tak nafikan, aku manusia biasa.. Aku pun bukan jalani 100% kehidupan seperti yang Tuhan suruh.. Membuat kesalahan dalam memilih jalan hidup pasti akan berlaku.. Kadang-kadang kita tak berfikir panjang untuk membuat keputusan jalan mana yang patut kita pilih.. kadang-kadang pilihan tu dipengaruhi oleh keadaan sekeliling sama ada kita terdesak untuk memilih jalan itu kerna itu satu-satunya pilihan jalan yang kita ada atau tergoda dengan keseronokkan jalan tu sebab kita tak sedar dan tak tahu apa yang menanti kita dihadapan. Tapi daripada kesilapan itu, kita akan terokai satu lagi gambaran kehidupan yang kita sendiri tak pernah sangka kita akan laluinya.. Seperti aku katakan sebelum ni, semuanya terpulang pada diri kita sama ada kita kuat atau tidak untuk cari jalan keluar ke jalan yang betul semula atau kita ingin terus berada dalam jalan yang akan terus menyimpangkan kita jauh dari laluan asal atau kita akan menyerah kalah kerana kita sangka tiada jalan keluar dari situ.. biar apa pun masalah yang Tuhan berikan, Dia satu-satunya yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. tidak semestinya kita singgah dijalan yang salah, kita perlu menghukum diri kita kerana kesalahan itu sepanjang hayat kita.. sedangkan kesalahan itu mengajar kita, mematangkan kita, membuat kita lebih bersedia untuk cabaran seterusnya, untuk membuat kita lebih berhati-hati supaya tidak memilih jalan yang salah sekali lagi.. Tapi itu bukan alasan untuk kita sengaja melakukan kesalahan.. Tidak semestinya kita perlu memilih jalan yang salah untuk belajar tentang kesilapan.. bukan kita sahaja yang berjalan memasuki setiap simpang dalam kehidupan ni.. kawan, keluarga, orang sekeliling kita pasti ada yang pernah memilih jalan yang salah itu sebelum kita.. terpulang pada kita sama ada ingin mengambil pengajaran daripada situ atau kita masih tidak mahu ambil peduli sehingga la kita telah memilih jalan itu dan akhirnya menyesal.
Saat ini pun aku rasa seperti sangat sukar untuk melangkah.. tapi aku sedapkan hati.. biarpun memilkul beban masalah yang berat, aku gagahkan diri untuk melangkah ke hari-hari yang seterusnya.. Pasti ada orang lain yang memikul beban yang jauh lebih berat daripada aku untuk jangka waktu yang lebih lama daripada aku.. Jika aku kuat dan tidak mengalah dalam setiap perjalanan aku, pilih, pasti ada ganjaran untuk ujian, dugaan, cabaran yang diberikan.dan yang pasti, setiap masalah yang datang, pasti Tuhan selitkan sedikit senyuman untuk memberi kita harapan bahawa masih ada lagi kegembiraan dalam kehidupan ni walaupun mungkin ia akan datang hanya sekejap kerna Tuhan ingin kita menghargai semua kebaikan yang Dia berikan..

Tuhan tidak kejam membiarkan kita terkapai-kapai dalam memilih jalan.. Tuhan bekalkan kita panduan (Al-Quran) untuk kita jadikan rujukan. Dan Dia tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita.. Kita ada Dia, dan Dia pasti akan memberikan bantuan pada kita..

“Setiap orang punya jalan yang berbeza dan kita tidak tahu apa yang orang lain pernah lalui. Kita tidak layak untuk mempertikaikan pilihan yang orang lain pilih.. Hanya Dia yang layak untuk menghakimi kita.. Biarpun seseorang itu mungkin pernah jalani kehidupan yang hitam, tidak semestinya dia hina dimata Allah. Kita semua sama.. kita cuma pengembara di jalan yang penuh bersimpang.. Sebolehnya pilih la jalan yang betul, elakkan jalan yang salah.. Kita tidak tahu berapa waktu yang tinggal untuk kita.. Mungkin waktu itu habis sebelum kita sempat kembali ke jalan yang betul. Dan jangan pernah mengalah sehingga jalan kita benar-benar tamat..”


ReFL: Aku pun tak pasti orang faham atau tidak apa yg aku tulis. Semua tu apa yang aku faham tentang kehidupan dan ianya berdasarkan apa yang pernah aku lalui..


From Google image

No comments: