bangun jam 2 pagi tadi untuk siapkan kerja final projek yang belum lagi siap padahal tarikh hantar adalah hari ni.. tengok fb, ada 1 mesej daripada member aku.. "tiket murah".. seronok tapi ada benda lain yang buat aku tak dapat nak melompat gembira..
tiba-tiba membayangkan satu perbualan dengan seseorang.. aku jadi emo.. aku rasa nak marah.. aku rasa tak nak perbualan tu berlaku.. kalau betul perbualan tu berlaku, aku cuma boleh diam, marah dalam hati, simpan kemas-kemas biarpun mungkin membunuh aku dari dalam..
aku tak pasti, aku kah yang salah kerana menjauh atau dia yang bersalah kerana menyebabkan aku ingin menjauh.. sebab aku tak tahu apa sebab yang membuatkan untuk aku mendekati dia.. cuma ada dua perkara je yang menjadi urusan aku dengan dia.. kadang-kadang perasaan janggal muncul bila kami duduk bersama. padahal aku mengenali dia lebih 24 tahun.. kadang-kadang aku teringin sangat untuk gelak, ketawa bersama dia tapi mungkin aku hanya bermimpi jika perkara itu berlaku..
sedih. dia pun tak pernah perasan aku menjauh daripada hidup dia.. aku lebih suka dengan kehidupan aku sendiri.. sendirian.. membuat keputusan dengan cara aku sendiri dan kalau boleh aku tidak mahu dia tahu.. untuk apa dia tahu sedangkan dia tidak pernah kisah apa yang aku inginkan, apa yang aku perlukan, apa yang aku rasakan.. tapi malangnya, aku terpaksa juga biarkan dia tahu.. aku terpaksa.. aku tiada pilihan..
Dia mengharap aku ada pada waktu dia memerlukan.. tapi dia tidak buat perkara yang sama seperti yang dia harapkan.. terima kasih kerana mengajar aku untuk berdikari, tidak terlalu mengharap bantuan orang.. teringat perbualan dengan dia suatu hari dulu.. diruang tamu.. "nanti bila tiba waktunya jangan pula hantar kesana" (dialog tidak sama dengan yg asal untuk tidak menampakkan secara terus maksud perbualan itu). Aku cuma ketawa untuk merespon ayat itu.. dia pandang aku dengan pelik.. seperti dapat membaca niat aku.. maka terpaksa aku menjawab tidak bagi kenyataan dia tadi.. tapi jauh dihati aku, bukan aku ingin hantar dia.. tapi aku nak dia tahu sesuatu.. aku nak dia sedar sesuatu.. apa yang telah dia buat pada aku.. pada.......
bukan nak membenci.. sayang.. tapi aku kecewa dan sedih..
No comments:
Post a Comment