LIFE
1 November 2013
Hidup ni sebuah perjalanan.. Hidup ni
berkenaan dengan pilihan.. Hidup ni seperti permainan (game).. Hidup ni tentang
kepercayaan (percaya pada Allah).. Hidup ni penuh dengan teka-teki..
Perjalanan setiap orang adalah berbeza.. Ada
yang bermula dengan jalan yang sukar dan ada yang bermula dengan jalan yang
senang.. Terpulang pada jalan yang ditetapkan untuk kita dan pilihan-pilihan
yang kita buat setiap kali diberi ujian, cabaran dan dugaan.. Untuk aku,Tuhan
telah tetapkan dengan perjalanan yang mudah pada awalnya.. Tapi, aku tak pernah
terfikir perjalanan tu menjadi semakin sukar apabila usia aku bertambah.. dulu
masa kecil, aku fikir hidup ni mudah.. Simple. pergi sekolah.. abis sekolah
rendah bertukar ke sekolah menengah kemudian tamat sekolah mungkin akan kerja
atau sambung belajar dan akhirnya mendirikan rumahtangga.. Tapi selepas apa
yang aku lalui sehingga usia aku 24 tahun, baru aku tahu ‘The real games of
life’.. apa yang tersembunyi dalam kehidupan ni.. macam mana nak bermain dalam
kehidupan yang penuh dengan penipuan, jenayah, ketakutan dan banyak lagi.. Dan
akhirnya aku sedar hidup ni bukan satu perjalanan yang mudah.. tanpa kekuatan
mental dan fizikal, mungkin kita akan memilih jalan yang salah dan menjadi lebih
sukar ataupun kita menyerah sebelum waktunya tiba (bunuh diri mungkin). Pada
aku, setiap orang pasti akan lalui perkara yang sama biarpun jalan cerita waktu
dan jangka masa, dan level kesusahan setiap cabaran tu (easy, medium, hard) itu
mungkin berbeza, tapi point yang ingin ditunjuk atau diberi pengajaran adalah
sama.. Tuhan pasti akan berikan kita ujian macam mana bila dikhianati, ditipu, dibenci,
kehilangan, rasa serba salah ,berkaitan kesetiaan, kejujuran dan banyak lagi.. Bila
aku toleh kebelakang, mula daripada waktunya Tuhan berikan aku ujian.. waktu Tuhan ingin mengenalkan aku tentang hidup yang
sebenar, aku rasa da terlalu jauh perjalanan tu.. Kadang-kadang rasa tak
percaya aku masih lagi boleh berdiri untuk menghadapinya biarpun beberapa kali
aku rasa seperti ingin menyerah. Mungkin
kerana kepercayaan pada Allah buat aku masih kuat untuk teruskan sehingga aku
benar-benar sampai ke jalan penamat.
Tapi aku tak nafikan, aku manusia
biasa.. Aku pun bukan jalani 100% kehidupan seperti yang Tuhan suruh.. Membuat
kesalahan dalam memilih jalan hidup pasti akan berlaku.. Kadang-kadang kita tak
berfikir panjang untuk membuat keputusan jalan mana yang patut kita pilih..
kadang-kadang pilihan tu dipengaruhi oleh keadaan sekeliling sama ada kita
terdesak untuk memilih jalan itu kerna itu satu-satunya pilihan jalan yang kita
ada atau tergoda dengan keseronokkan jalan tu sebab kita tak sedar dan tak tahu
apa yang menanti kita dihadapan. Tapi daripada kesilapan itu, kita akan terokai
satu lagi gambaran kehidupan yang kita sendiri tak pernah sangka kita akan
laluinya.. Seperti aku katakan sebelum ni, semuanya terpulang pada diri kita
sama ada kita kuat atau tidak untuk cari jalan keluar ke jalan yang betul
semula atau kita ingin terus berada dalam jalan yang akan terus menyimpangkan
kita jauh dari laluan asal atau kita akan menyerah kalah kerana kita sangka
tiada jalan keluar dari situ.. biar apa pun masalah yang Tuhan berikan, Dia
satu-satunya yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. tidak semestinya kita
singgah dijalan yang salah, kita perlu menghukum diri kita kerana kesalahan itu
sepanjang hayat kita.. sedangkan kesalahan itu mengajar kita, mematangkan kita,
membuat kita lebih bersedia untuk cabaran seterusnya, untuk membuat kita lebih
berhati-hati supaya tidak memilih jalan yang salah sekali lagi.. Tapi itu bukan
alasan untuk kita sengaja melakukan kesalahan.. Tidak semestinya kita perlu
memilih jalan yang salah untuk belajar tentang kesilapan.. bukan kita sahaja
yang berjalan memasuki setiap simpang dalam kehidupan ni.. kawan, keluarga,
orang sekeliling kita pasti ada yang pernah memilih jalan yang salah itu
sebelum kita.. terpulang pada kita sama ada ingin mengambil pengajaran daripada
situ atau kita masih tidak mahu ambil peduli sehingga la kita telah memilih
jalan itu dan akhirnya menyesal.
Saat ini pun aku rasa seperti sangat
sukar untuk melangkah.. tapi aku sedapkan hati.. biarpun memilkul beban masalah
yang berat, aku gagahkan diri untuk melangkah ke hari-hari yang seterusnya.. Pasti
ada orang lain yang memikul beban yang jauh lebih berat daripada aku untuk
jangka waktu yang lebih lama daripada aku.. Jika aku kuat dan tidak mengalah
dalam setiap perjalanan aku, pilih, pasti ada ganjaran untuk ujian, dugaan,
cabaran yang diberikan.dan yang pasti, setiap masalah yang datang, pasti Tuhan
selitkan sedikit senyuman untuk memberi kita harapan bahawa masih ada lagi
kegembiraan dalam kehidupan ni walaupun mungkin ia akan datang hanya sekejap kerna
Tuhan ingin kita menghargai semua kebaikan yang Dia berikan..
Tuhan tidak kejam membiarkan kita
terkapai-kapai dalam memilih jalan.. Tuhan bekalkan kita panduan (Al-Quran)
untuk kita jadikan rujukan. Dan Dia tidak akan menguji kita diluar kemampuan
kita.. Kita ada Dia, dan Dia pasti akan memberikan bantuan pada kita..
“Setiap orang punya jalan yang
berbeza dan kita tidak tahu apa yang orang lain pernah lalui. Kita tidak layak
untuk mempertikaikan pilihan yang orang lain pilih.. Hanya Dia yang layak untuk
menghakimi kita.. Biarpun seseorang itu mungkin pernah jalani kehidupan yang
hitam, tidak semestinya dia hina dimata Allah. Kita semua sama.. kita cuma pengembara
di jalan yang penuh bersimpang.. Sebolehnya pilih la jalan yang betul, elakkan
jalan yang salah.. Kita tidak tahu berapa waktu yang tinggal untuk kita..
Mungkin waktu itu habis sebelum kita sempat kembali ke jalan yang betul. Dan jangan
pernah mengalah sehingga jalan kita benar-benar tamat..”
ReFL: Aku pun tak pasti orang faham
atau tidak apa yg aku tulis. Semua tu apa yang aku faham tentang kehidupan dan
ianya berdasarkan apa yang pernah aku lalui..
From Google image